Saturday, 8 April 2017

You Can!

TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 88

Alhamdulillah. Sekarang diari harian saya memang tak menentu. Masih lagi diberi peluang untuk menguruskan tuisyen. Sekarang, setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 8.30 saya akan mulakan kelas latih tubi sekolah rendah selama 2 jam. Setakat ni saya memang 'handle' sendiri bersama seorang pembantu. 
Sekarang, saya buka kelas untuk sekolah rendah bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Dengan jumlah pelajar untuk satu sesi 20 orang, saya cuba yang terbaik. Kali ini agak mencabar kerana saya berhadapan dengan jumlah yang agak besar dan mereka berbeza tahap. Ada yang masih tak mampu membaca. 
Saya letakkan dalam kelas yang sama sahaja kali ini. Cuma bagi pelajar tahap 1, iaitu murid Tahun 1,2 dan 3 saya letakkan dalam kumpulan kecil di belakang kelas dan di selia oleh seorang pembantu.
Saya pula akan bergilir-gilir ke Tahap 1 dan Tahap 2. Sebolehnya setiap pelajar harus dipantau. leh sebab itulah saya cuba hadkan bilangan pelajar.
Jika ada lagi pertambahan, mereka akan berada di kelas sesi malam. 

Baiklah, di sini ingin saya kongsikan sedikit kenapa saya tidak asingkan kelas pelajar mengikut setiap darjah. Pertama, kali ini saya membuka kelas di kawasan luar bandar yang kebanyakan mereka datang secara dua atau tiga beradik. Kebanyakannya macam kembar tiga atau dua. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk membuka kelas, boleh cuba cara ini. Mungkin agak penat kerana harus cuba bahagikan masa secara bijak. Kena pantau setiap orang sebolehnya.
Kebanyakan mereka masih menganggap kelas seperti ini seperti program mingguan. Jadi, selalunya mereka di luar bandar lebih gemar anak-anak mereka, adik dengan abang ada bersama. Mungkin bagi yang membuka kelas tuisyen di kawasan bandar tidak berhadapan dengan situasi seperti ini.
 Tapi alhamdulillah, dengan bilangan yang cuba dihadkan, tujuan dan niat asal kita untuk membantu setiap pelajar akan dipermudahkan.