Saturday, 8 April 2017

You Can!

TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 88

Alhamdulillah. Sekarang diari harian saya memang tak menentu. Masih lagi diberi peluang untuk menguruskan tuisyen. Sekarang, setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 8.30 saya akan mulakan kelas latih tubi sekolah rendah selama 2 jam. Setakat ni saya memang 'handle' sendiri bersama seorang pembantu. 
Sekarang, saya buka kelas untuk sekolah rendah bermula 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Dengan jumlah pelajar untuk satu sesi 20 orang, saya cuba yang terbaik. Kali ini agak mencabar kerana saya berhadapan dengan jumlah yang agak besar dan mereka berbeza tahap. Ada yang masih tak mampu membaca. 
Saya letakkan dalam kelas yang sama sahaja kali ini. Cuma bagi pelajar tahap 1, iaitu murid Tahun 1,2 dan 3 saya letakkan dalam kumpulan kecil di belakang kelas dan di selia oleh seorang pembantu.
Saya pula akan bergilir-gilir ke Tahap 1 dan Tahap 2. Sebolehnya setiap pelajar harus dipantau. leh sebab itulah saya cuba hadkan bilangan pelajar.
Jika ada lagi pertambahan, mereka akan berada di kelas sesi malam. 

Baiklah, di sini ingin saya kongsikan sedikit kenapa saya tidak asingkan kelas pelajar mengikut setiap darjah. Pertama, kali ini saya membuka kelas di kawasan luar bandar yang kebanyakan mereka datang secara dua atau tiga beradik. Kebanyakannya macam kembar tiga atau dua. Untuk mereka yang baru berjinak-jinak untuk membuka kelas, boleh cuba cara ini. Mungkin agak penat kerana harus cuba bahagikan masa secara bijak. Kena pantau setiap orang sebolehnya.
Kebanyakan mereka masih menganggap kelas seperti ini seperti program mingguan. Jadi, selalunya mereka di luar bandar lebih gemar anak-anak mereka, adik dengan abang ada bersama. Mungkin bagi yang membuka kelas tuisyen di kawasan bandar tidak berhadapan dengan situasi seperti ini.
 Tapi alhamdulillah, dengan bilangan yang cuba dihadkan, tujuan dan niat asal kita untuk membantu setiap pelajar akan dipermudahkan.



Friday, 3 March 2017

BELAJAR DAN TERUS BELAJAR

TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 87
Assalamualaikum wbt. 2017. Sudah masuk bulan ketiga 2017. Lama sudah rupanya saya biarkan blog ni. Apa cerita projek hometuition sahabat semua? Semoga baik2 saja. Alhamdlillah, tuisyen saya pun baik-baik saja. Tahun baru dengan harapan baru.
Saya tahu semakin ramai yang memulakan bisnes hometuition ni. Terutamanya pelajar2 universiti. Alhamdlillah, pertambahan positif ni bagus tapi betulkan niat ya..jangan semata2 kerana wang. Tapi cuba ikhlaskan sdikit hati barulah ada keberkatan. Sekadar mengingatkan diri sendiri yang kadang2 pun selalu lupa.
Oh ya, modul tuisyen saya in progress. Harapannya sempat siap sebelum hari raya. Cabaran betul nak siapkan modul ni. 'Lappy' pun dan semakin tenat2. Harap saya mampu siapkan modul tersebut.
Berdasarkan pengalaman yg sedikit cuma beserta kajian melihat prestasi pelajar bila belajar di sekolah atau belajar secara 'berkonsepkan rumah' saya berpendapat, cara 'homey' lebih dekat dengan pelajar. Mereka lebih mudah berinteraksi secara langsung dengan cikgu.
Sekarang saya mulai perkenalkan konsep 'separuh kelas' di pusat tuisyen. Pelajar yang selama ini pasif pun mulai berani bersuara dan menyatakan pendapat. Alhamdlillah. Saya tahu di malaysia ni kita lebih tekankan belajar mestilah suasana belajar seperti di sekolah dan saya pun masih kekalkan suasana itu cuma saya cuba dekat dengan pelajar dan kawal setiap apa yang mereka tulis di atas buku latihan mereka.
Nanti kita sambung dalam entri seterusnya insya'allah. Selamat berusaha!