Thursday, 21 April 2016

BULAN-BULAN PERTAMA BERSAMA PUSAT TUISYEN

TEKS : Faizah Yusoff
FOTO : Faizah Yusoff
Entri 80


Sekarang sudah 2 bulan saya bersama Pusat Tuisyen Al-Waqiah. Hasil usaha kami berempat, alhamdulillah di sini kami berdiri sekarang. Mungkin pencapaian pusat tuisyen kami bukanlah di peringkat cemerlang tapi sekurang-kurangnya  kami sudah berjaya menjayakan beberapa program berbentuk akademik dan motivasi. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Saya sangat bersyukur.

Sudah lama tidak melakar idea di ruangan ini. Sungguh saya rindu tapi masa sangat terbatas. Insya Allah saya akan cuba untuk meneruskan usaha berkongsi maklumat dan pengalaman yang sedikit ini bersama rakan-rakan maya yang lain. 

Dalam setiap apa pun yang kita lakukan, tak kira lah bisnes atau pekerjaan, doa adalah kunci penguat hati. Dan sesungguhnya doa adalah senjata terhebat orang-orang muslim yang mukmin. Yakinlah di setiap pilihan yang kita buat, kita akan menemui satu titik kesusahan yang manisnya selepas ini hanya kita sahaja yang merasa. Bahkan mungkin boleh dikongsi bersama orang lain. Insya Allah.

Saat awal-awal buka pusat tuisyen ni, nak kongsi ilmu pinjaman Allah ini buat adik-adik yang masih tercari-cari. Sebenarnya saya ingin sekali menukar fahaman 'susahnya belajar' kepada 'oh..macam ni saja rupanya'. Tapi usaha ini bukanlah satu usaha yang memerlukan tempoh dua bulan sahaja untuk dibangunkan. Semoga saya terus istiqamah. Mohon doa sahabat-sahabat maya. Saya doakan kalian juga terus sukses dalam apa jua bidang yang kalian ceburi selagi tidak bertentangan dengan agama kita. Selamat maju jaya. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum...bole share ilmu dgn sy tak bagaimana cara untuk membuka pusat tuisyen?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...bole share ilmu dgn sy tak bagaimana cara untuk membuka pusat tuisyen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam wbt. ya puan ema hasan. kalau nak yang memang tak payah guna banyak tenaga utk marketing, better puan beli perusahaan tuisyen yang memang sudah ada student. Puan cuma perlu tukar nama dan cara pengurusan sahaja. Tapi yg ni agak bermodal. =)

      Delete